Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas

PENGANJUR Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 memandang serius insiden kemalangan membabitkan sebuah van membawa tiga pelumba pasukan dan seorang staf Giant Cycling Team di Jeli, Kelantan pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana LTdL 2023, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, pihaknya telah mengambil tindakan proaktif sejurus insiden itu berlaku - kira-kira 26.3 kilometer (km) dari venue pelepasan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.
"Jawatankuasa Pelaksana LTdL 2023 ingin memaklumkan kemalangan berkenaan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
"Jadi van itu telah berpatah balik untuk menuju ke UMK Jeli di KM 34 menuju ke Baling. Berlaku sedikit kecuaian dan perkara ini kita tidak boleh diambil mudah.