Saman kecuaian pesakit maut dalam kebakaran di HSA akan dibicarakan

Pada Oktober 2016, unit rawatan rapi HSA terbakar sehingga mengorbankan enam nyawa. - Gambar fail
Pada Oktober 2016, unit rawatan rapi HSA terbakar sehingga mengorbankan enam nyawa. - Gambar fail
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit yang maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Ini selepas Peguam Kanan Persekutuan Zahilah Mohammad Yusoff yang mewakili pengarah hospital, ketua pengarah kesihatan, Kementerian Kesihatan, kerajaan Malaysia serta pengarah kesihatan negeri Johor bersetuju untuk menarik balik permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran merayu.

Mereka ingin merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Februari tahun lepas yang membatalkan saman itu.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, kemudian membatalkan permohonan kebenaran merayu.