'Taktik lapuk gadis seksi sorok bawah pentas'

Antara kesalahan yang dilakukan wanita warga asing ini ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan salah guna pas lawatan sosial.
Antara kesalahan yang dilakukan wanita warga asing ini ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan salah guna pas lawatan sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cubaan wanita warga asing disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO) menyorok di ruangan sempit bawah pentas untuk menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa hanya menjerat diri.

Itu antara situasi yang berlaku semasa serbuan di pusat hiburan di Jalan Pudu Ulu di sini, oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Bukan sahaja ditahan, malah tindakan wanita terbabit bersembunyi turut mengakibatkannya luka di belakang badan serta tangan.

Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara, pada Jumaat.
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara, pada Jumaat.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, seramai 40 pegawai dan anggota melakukan serbuan di pusat hiburan itu pada jam 11.10 malam hasil risikan selama dua minggu.

Katanya, seramai 34 warga asing ditahan terdiri daripada 15 lelaki serta 19 wanita berusia antara 25 hingga 40 tahun.

"Antara kesalahan mereka ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan salah guna pas lawatan sosial.

Seramai 34 warga asing ditahan terdiri daripada 15 lelaki serta 19 wanita berusia antara 25 hingga 40 tahun.
Seramai 34 warga asing ditahan terdiri daripada 15 lelaki serta 19 wanita berusia antara 25 hingga 40 tahun.

Artikel Berkaitan:

“Mereka yang ditahan membabitkan 14 lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar dipercayai bekerja sebagai ‘bartender’, manakala 18 wanita warga Thailand serta seorang wanita warga Laos pula disyaki GRO,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan pada Jumaat.

Syamsul berkata, ketika serbuan dilakukan, ada di antara wanita warga asing sedang melakukan persembahan nyanyian.

Ujarnya, pengunjung akan meletakkan selempang kepada gadis pilihan yang melayan mereka di meja minum.

"Berdasarkan pakaian mereka yang seakan sama, kita juga syak kegiatan ini mempunyai tema pada malam tertentu,” katanya.

Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk direman selama 14 hari bagi siasatan lanjut.
Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk direman selama 14 hari bagi siasatan lanjut.

Tambahnya, ini merupakan serbuan kali kedua di pusat hiburan terbabit dengan pertama kali diserbu sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk direman selama 14 hari bagi siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.