Aksi persahabatan IPD Klang Utara erat hubungan komuniti, media

IPD Klang Utara menganjurkan perlawanan lima penjuru bersama pasukan komuniti dan media di Stadium Mini Shah Alam pada Jumaat.
IPD Klang Utara menganjurkan perlawanan lima penjuru bersama pasukan komuniti dan media di Stadium Mini Shah Alam pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Perlawanan persahabatan bola sepak lima penjuru antara pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, komuniti dan media di Stadium Mini Shah Alam pada Jumaat, dapat mengeratkan dan memperkukuh hubungan dalam usaha menyalurkan maklumat dan membanteras jenayah.

Ini juga seiring dengan tema Hari Polis 2023 iaitu 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, perlawanan persahabatan ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara polis, masyarakat dan pihak media melalui medium sukan bola sepak.

"Ini dapat memupuk semangat bersukan dan amalan gaya hidup sihat sempena bakal menyambut Hari Sukan Negara bulan Oktober nanti.

"Secara tidak langsung, pihak polis dapat bertukar-tukar pendapat selain perkongsian maklumat daripada orang awam dalam usaha kita menjaga keselamatan dan ketenteraman komuniti," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, konsep itu mampu mewujudkan komuniti masyarakat yang sihat dan cergas selain membudayakan penjagaan kesihatan.

Katanya, pendekatan sebegini juga membolehkan komuniti masyarakat diberi pendedahan secara tidak formal terhadap kaedah dan tindakan segera menyalurkan maklumat kepada polis dalam usaha mencegah kejadian jenayah.

"Perlawanan itu juga penting dalam membentuk hubungan harmoni anggota pasukan keselamatan dengan semua lapisan masyarakat berbilang kaum yang juga aktif dalam sukan bola sepak.

Artikel Berkaitan:

"Ini sekali gus menafikan tanggapan anggota keselamatan kurang mesra dengan masyarakat umum," ujarnya.