Bekas teman wanita pemain bola sepak Sabah ditahan

Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes merosakkan pintu rumah pemain bola sepak Sabah.
Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes merosakkan pintu rumah pemain bola sepak Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai merosakkan pintu rumah bekas teman lelakinya yang juga pemain bola sepak Sabah.

Wanita itu ditahan pada jam 8 malam, Rabu bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, tangkapan dibuat susulan daripada laporan polis yang dibuat pemain bola sepak berkenaan pada 17 Jun lalu.

"Pengadu mengatakan bahawa pintu rumahnya telah dirosakkan oleh bekas teman wanitanya.

"Suspek kemudian berjaya ditahan dan dengan tertangkapnya suspek, kita percaya dapat menyelesaikan kes ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya lagi, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih berhubung kes ini yang telah dimuat naik dan tular di platform media sosial.

"Tangkapan dibuat bersabit dengan kes melakukan khianat dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.