Budak 7 tahun 'belanja' bir hingga kawan sekelas mabuk

BEIJING - Kanak-kanak zaman sekarang sememangnya 'advance' seperti yang berlaku di China hingga mencetuskan kekecohan di sekolahnya.
Budak lelaki berusia tujuh tahun di Xiamen, China itu dikatakan membawa dua botol bir tanpa pengetahuan ibu dan bapanya malah turut menyebabkan beberapa rakan sekelasnya 'mabuk' ketika kejadian baru-baru ini.
Insiden itu hanya diketahui umum setelah dikongsi ibu kanak-kanak tersebut.
Menerusi klip video berkenaan, budak itu dipercayai sedang menjalani 'hukuman' memandangkan dia sedang menghadap ke dinding.