Indonesia kenakan sekatan terhadap 32 syarikat berhubung kebakaran hutan, tanah

Raja Juli Antoni Foto: Kompas.com
Raja Juli Antoni Foto: Kompas.com
A
A
A

JAKARTA - Kementerian Perhutanan Indonesia mengenakan sekatan pentadbiran terhadap 32 syarikat yang disyaki terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah, merangkumi kawasan konsesi gabungan seluas 1.93 juta hektar, lapor Xinhua memetik Menteri Perhutanan, Raja Juli Antoni pada Rabu.

Kira-kira 18,000 hektar tanah di dalam kawasan konsesi terjejas telah terbakar, kata Antoni sambil menambah bahawa langkah terbaharu itu termasuk menggantung operasi enam syarikat dan mengarahkan mereka untuk memulihkan ekosistem yang rosak.

Kementerian itu juga boleh meneruskan prosiding jenayah terhadap syarikat terbabit sekiranya siasatan mendapati wujud bukti pelanggaran undang-undang, katanya.

Antoni berkata, kementerian berkenaan sedang mengendalikan 120 kes berkaitan kebakaran hutan dan tanah, dengan perkembangan lanjut dijangka dimaklumkan minggu depan. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!