Sultan Mizan rasmi Bangunan Kompleks Pentadbiran MBKT

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli merasmikan bangunan Kompleks Pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), dekat sini, pada Rabu.
Turut berkenan berangkat pada upacara itu ialah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bangunan itu akan memberi manfaat yang besar kepada warga MBKT dan khidmat terbaik terhadap masyarakat.
Menurutnya, bangunan Kompleks Pentadbiran MBKT itu adalah merupakan sebuah bangunan yang tertinggi di negeri ini iaitu setinggi 30 tingkat.