Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis kesan tiga individu

Himpunan Selamatkan Malaysia yang diadakan di hadapan salah sebuah pusat membeli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Himpunan Selamatkan Malaysia yang diadakan di hadapan salah sebuah pusat membeli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan tiga individu lagi bagi membantu siasatan berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia di ibu negara pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya akan mendedahkan nama kesemua individu itu jika mereka tidak tampil untuk dirakam keterangan.

"Kita berharap tiga individu itu tampil untuk dirakam keterangan, namun setakat ini kita masih menjejaki mereka," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.

Allaudeen berkata, pihaknya mengenal pasti 28 individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung himpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Daripada jumlah itu, kita telah merakam percakapan seramai 16 individu, kita berharap dapat menyelesaikan kertas siasatan berkaitan himpunan itu dalam minggu ini.

"Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: