Guna peruntukan wakil rakyat secara peribadi satu kesalahan rasuah - PM

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, pada Selasa. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Mana-mana ahli Parlimen bertindak 'menghulur wang' secara peribadi kepada orang lain dengan menggunakan peruntukan untuk wakil rakyat dikategorikan sebagai satu kesalahan rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya itu berlaku, tindakan boleh diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya nak bagi ingatan, wang ini kalau digunakan untuk bagi orang kahwin dan sebagainya, kita akan ambil tindakan oleh SPRM.

"Tak boleh (beri guna peruntukan wakil rakyat untuk tujuan itu)," katanya ketika sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Selasa.