Angkat sumpah ahli Parlimen tiada lafaz "Wallahi, Wabillahi, Watallah"

Fahmi - Foto Bernama
Fahmi - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa kalimah "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" sememangnya tidak dilafazkan ketika majlis angkat sumpah Ahli Parlimen, bukan sahaja bagi penggal ini tetapi juga termasuk penggal-penggal yang lepas.

Menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok, Fahmi berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul juga turut memberikan jawapan bahawa perkara itu tiada dalam peraturan mesyuarat.

Fahmi berkata, untuk memastikan kesahihan dakwaan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim itu, beliau telah meneliti semua upacara majlis angkat sumpah Ahli Parlimen yang berlangsung sebelum ini.

Ia turut membabitkan angkat sumpah oleh Shahidan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada tahun lepas; Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin (2018); Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang (2013) dan terbaharu Ahli Parlimen Kulai, Suhaizan Kayat pada Selasa lepas.