Polis akan rekod keterangan Caprice, Mondy Tattoo

Laporan Sinar Harian pada Isnin. (Gambar kecil: Sasikala Devi)
Laporan Sinar Harian pada Isnin. (Gambar kecil: Sasikala Devi)
A
A
A

SHAH ALAM - Polis akan merekod keterangan aktivis kemanusiaan, Caprice dan pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo dalam masa terdekat mengenai laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya telah menerima arahan untuk menyiasat kes terbabit.

Menurutnya, setakat ini ada satu laporan diterima dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

"Laporan polis telah dibuat Ebit Lew pada Isnin dan polis sudah merakam keterangannya.

"Polis juga akan merekod keterangan Caprice dan Mondy Tattoo untuk melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Selasa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan polis mengesahkan menerima laporan Ebit Lew berkaitan satu dakwaan fitnah pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar berkata, laporan polis dibuat pada jam 2.17 pagi susulan dakwaan pendakwah tersebut difitnah menerusi satu program bual bicara menerusi media sosial.

Laporan itu dibuat Ebit Lew susulan dakwaan fitnah terhadapnya dalam satu program podcast khas kendalian Caprice.

Artikel Berkaitan:

Pada 11 September lalu, media tempatan melaporkan, ibu tunggal, Mondy Tattoo mendedahkan cerita sebenar mengenai bantuan Ebit Lew.