Polis sahkan terima laporan Ebit Lew

Laporan Sinar Harian pada Isnin,
Laporan Sinar Harian pada Isnin,
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis mengesahkan menerima laporan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew berkaitan satu dakwaan fitnah pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar berkata, laporan polis dibuat kira-kira jam 2.17 pagi susulan dakwaan pendakwah tersebut difitnah menerusi satu program bual bicara menerusi media sosial.

"Siasatan awal mendapati program bual bicara yang mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen didakwa telah memfitnah pendakwah tersebut.

"Laporan polis tersebut telah dirujuk kepada laporan yang dibuat bersabit Seksyen 6 10558/2023 yang disiasat dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kes setakat ini diklasifikasikan ROR atau RLR (Refer to Other Report/Rujuk Laporan Lain)," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

"Sebarang tindakan yang dikenal pasti menyalahi undang-undang, tindakan tegas akan diambil segera," katanya.

Pada Isnin, Ebit Lew membuat laporan polis susulan fitnah yang dikenakan ke atasnya dalam satu program podcast khas kendalian penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice.

Beliau yang baru sahaja tiba dari Jeddah telah membuat laporan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kes tersebut juga akan diserahkan kepada pihak peguam untuk tindakan undang-undang.