'Kalau boleh cepat sikit hantar saman tu' - Caprice

Caprice, Ebit Lew
Caprice, Ebit Lew
A
A
A

SHAH ALAM - Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice menggesa pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew untuk menghantar surat saman kepadanya susulan pendedahan dilakukan dalam podcastnya bersama Mondy Tatto.

Menurut Caprice, tindakan berkenaan akan membolehkan Mondy untuk menyaman semula pendakwah berkenaan.

“Salam @ebitlew, kalau boleh cepat sikit hantar saman itu, supaya pihak Mondy boleh saman balik beserta bukti,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman sosial, Instagram pada Isnin.

Sebelum ini, Ebit membuat laporan polis susulan fitnah yang dikenakan ke atasnya dalam satu program podcast khas kendalian Caprice.

Beliau yang baru sahaja tiba dari Jeddah telah membuat laporan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Pada 15 Jun, media melaporkan pendakwah Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman yang memberitahu bahawa pertemuan antara Ebit dengan Mondy bukanlah dirancang seperti yang hangat diperkatakan di media sosial.

Menurutnya, Ebit membawa Mondy ke Malaysia kerana mahu memastikan dia tidak berada dalam persekitaran yang merosakkan.

Artikel Berkaitan: