Penjawat awam ditahan SPRM kes tuntutan palsu lebih RM17,000

Suspek berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 10.40 pagi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah. - Gambar hiasan
Suspek berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 10.40 pagi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Tindakan seorang penjawat awam membuat tuntutan palsu bernilai lebih RM17, 000 membawa padah apabila ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, pada Selasa.

Suspek berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 10.40 pagi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

Difahamkan, suspek membuat tuntutan itu bagi pembekalan peralatan pertukangan bernilai RM17,200 sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Suspek yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan itu juga sepatutnya membekalkan peralatan pertukangan kepada pelajar di sebuah pusat latihan di negeri ini pada 2017.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy mengesahkan penahanan tersebut.

"Suspek telah dilepaskan dengan seorang penjamin dan wang jaminan sebanyak RM5,000 tanpa deposit.

"Suspek juga akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu esok pagi dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009," katanya ketika dihubungi.

Beliau sebelum itu, turut mengingatkan penjawat awam agar tidak membuat tuntutan palsu kerana ia adalah satu kesalahan dan boleh dituduh di mahkamah jika mempunyai bukti yang kukuh.

Artikel Berkaitan: