Banjir kilat Raub, 28 penduduk dipindahkan ke PPS

Anggota APM membantu mangsa banjir kilat yang dipindahkan ke PPS Dewan Simpang Kallang pada tengah malam Isnin.
Anggota APM membantu mangsa banjir kilat yang dipindahkan ke PPS Dewan Simpang Kallang pada tengah malam Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 28 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran kejadian banjir kilat sekitar bandar Raub sehingga jam 8 pagi pada Selasa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub dalam kenyataannya berkata, semua mangsa kini berada di PPS Dewan Simpang Kallang yang dibuka kira-kira jam 11.30 malam.

Menurut kenyataan itu, banjir kilat berpunca daripada hujan lebat yang berterusan selama dua jam di kawasan bandar Raub bermula kira-kira jam 8.40 malam.

"Sistem perparitan yang ada di sekitar bandar dipercayai tidak dapat menampung air hujan sehingga berlaku limpahan.

PPS Dewan Simpang Kallang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir kilat di bandar Raub pada tengah malam Isnin.
PPS Dewan Simpang Kallang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir kilat di bandar Raub pada tengah malam Isnin.

"Keadaan banjir kilat di kawasan telah surut selepas hujan mulai reda," jelasnya.

Tambah kenyataan itu, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) segera membuat pemantauan berhubung kejadian selepas mendapat maklumat kira-kira jam 9.30 malam.

"Kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan selepas PPS di Dewan Simpang Kallang dibuka dengan bantuan pihak polis, bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penduduk," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: