Ikat betul-betul ‘kain sarong’ agar tidak terlucut

Orang ramai tidak melepaskan peluang menghadiri Program Keretapi Sarong sempena Hari Malaysia 2023 di Dataran Merdeka, pada Sabtu. - Foto Bernama
Program Keretapi Sarong kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) LOCCO dimulakan sekitar 2012 yang membabitkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarong sama ada batik atau pelikat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Orang ramai tidak melepaskan peluang menghadiri Program Keretapi Sarong sempena Hari Malaysia 2023 di Dataran Merdeka, pada Sabtu. - Foto Bernama Program Keretapi Sarong kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) LOCCO dimulakan sekitar 2012 yang membabitkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarong sama ada batik atau pelikat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

MERAK Jalanan tertarik dengan konsep Keretapi Sarong yang diadakan pada 16 September lalu. Ia cukup mudah.

Peserta hanya perlu berpakaian tradisional Melayu, India, Cina atau lain-lain bangsa dan mula berhimpun di satu lokasi. Tiada pendaftaran diperlukan, tiada bayaran dikenakan, tiada had umur, bangsa atau jantina.

Pengisiannya juga semakin baik sejak diperkenalkan pada tahun 2017. Jadi tidak hairanlah apabila Merak Jalanan berasakan program Keretapi Sarong ini wajar dijadikan sebagai salah satu program highlight dalam kalendar pelancongan negara dan perlu mendapat promosi yang lebih meluas.

Merak Jalanan juga tertarik apabila ramai pelancong turut serta mengambil bahagian. Biarlah ia menjadi program yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

Bermula dengan perarakan hari Merdeka pada 31 Ogos kemudian diakhiri dengan acara Keretapi Sarong pada 16 September sempena Hari Malaysia.

Namun paling menarik adalah apabila program ini turut dilangsungkan di Battersea Power Station, London, United Kingdom. Ini baru betul wow.

Merak Jalanan yakin program ini boleh diperluaskan lagi ke peringkat antarabangsa. Setiap rakyat Malaysia yang berada di luar negara boleh memakai pakaian tradisional dan berhimpun sempena meraikan Hari Malaysia.

Biar negara luar tahu rakyat Malaysia masih kuat jati dirinya biarpun beribu batu dari tanah tumpah darahnya.

Artikel Berkaitan:

Bagi Merak Jalanan, ia merupakan pendekatan yang baik terutama dalam usaha untuk menyemai semangat anak muda supaya mencintai negara di mana juga kita berada.

Jika dengan cara ini boleh membuatkan generasi muda mengingati kepayahan negara mencapai kemerdekaan dan keharmonian, maka wajarlah ia diteruskan dengan lebih meriah.

Paling penting, program ini juga dapat mengingatkan kita pada asal usul dan jati diri. Sekali dah berkain sarong, ikat betul-betul (hati) agar tidak terlucut.