Maktab Sultan Abu Bakar juara bawah 16 tahun Karnival Ragbi Johor 2023

Pasukan Maktab Sultan Abu Bakar muncul juara Karnival Ragbi Johor 2023 bagi kategori Cup bawah 16 tahun, apabila menewaskan pasukan SMK Sri Mersing 24-19 di Stadium Ragbi Johor, pada Ahad.
Pasukan Maktab Sultan Abu Bakar muncul juara Karnival Ragbi Johor 2023 bagi kategori Cup bawah 16 tahun, apabila menewaskan pasukan SMK Sri Mersing 24-19 di Stadium Ragbi Johor, pada Ahad.
A
A
A

PASUKAN Maktab Sultan Abu Bakar (EC) dari Johor Bahru muncul juara Karnival Ragbi Johor 2023 bagi kategori Cup bawah 16 tahun, apabila menewaskan pasukan SMK Sri Mersing 24-19 di Stadium Ragbi Johor, pada Ahad.

Tambah manis, pemain EC, Muhammad Akif Daniel Anuar, 16, turut dipilih selaku pemain terbaik bagi aksi final berkenaan.

Biarpun dua kali ketinggalan, pasukan EC berjaya bangkit dengan dua try dan satu konvensyen bagi memuktamadkan kemenangan.

Pertembungan kedua-dua pasukan berlangsung sengit sejak wisel permulaan.

Pasukan EC lebih dahulu meraih mata hasil satu try namun pantas disamakan SMK Sri Mersing.

Pasukan EC kemudiannya berjaya melakukan dua lagi try namun pasukan EC sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan.

Kedudukan tersebut menyaksikan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan sudden-death.

Kesempatan itu nyata dimanfaatkan sebaiknya pemain-pemain EC untuk mengasak dan akhirnya berjaya menghasilkan satu try bagi memuktamadkan kemenangan dan sekali gus me rebut Piala Datuk Bandar, Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB).

Artikel Berkaitan:

Kategori perempuan bawah 16 tahun, menyaksikan pasukan SM Sains Selangor menewaskan pasukan SMK Kulai, 4-2.

Kategori lelaki bawah 14 tahun pula menyaksikan pasukan Thor menewaskan SMK Jalan Tiga 26-5.

Sementara itu bagi kategori lelaki bawah 11 tahun, pasukan ARPGA menewaskan Thunderstorm 7-0.