Karnival Pendidikan MyUni 2023 jelajah 11 negeri

Pelajar lepasan SPM dan SPM boleh mendapatkan maklumat untuk melanjutkan pengajian mereka di Karnival Pendidikan MyUni 2023 jelajah 11 negeri bermula 10 Jun hingga 10 Disember 2023.
Pelajar lepasan SPM dan SPM boleh mendapatkan maklumat untuk melanjutkan pengajian mereka di Karnival Pendidikan MyUni 2023 jelajah 11 negeri bermula 10 Jun hingga 10 Disember 2023.
A
A
A

SHAH ALAM – Buat julung kalinya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyokong penuh penganjuran Karnival Pendidikan MyUni 2023, siri jelajah pendidikan yang ditawarkan khas untuk institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada semua lepasan sekolah di seluruh negara.

Pada 15 April lepas, Iklanika Sdn Bhd, Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM), dan Mydin Mohamed Holdings Berhad telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menjayakan Karnival Pendidikan MyUni.

Dalam satu kenyataan bersama, penganjuran Karnival Pendidikan MyUni bertujuan membantu lebih ramai pelajar dan lepasan sekolah mendapat maklumat mengenai hala tuju, minat, bidang bersesuaian dan peluang yang ditawarkan IPTS yang mengambil bahagian.

Penganjuran Karnival Pendidikan MyUni bertujuan membantu lebih ramai pelajar dan lepasan sekolah mendapat maklumat mengenai hala tuju, minat, bidang bersesuaian dan peluang ditawarkan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengambil bahagian.

“Siri jelajah satu Malaysia yang membabitkan 11 negeri itu amat membantu para pelajar terutamanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa karnival ini berlangsung.

“Mereka juga boleh mendapatkan maklumat untuk melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan. Pendekatan bersemuka antara pihak institusi pendidikan tinggi dengan pelajar lebih berkesan untuk menjawab segala kemusykilan pelajar dan ibu bapa,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat lebih ramai anak-anak kita mengambil peluang untuk menambah ilmu, memajukan diri melalui IPTA dan IPTS seluruh negara.

“Institusi-institusi yang menawarkan kursus-kursus teknikal seperti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) juga turut serta dalam Karnival Pendidikan MyUni.

“Ini juga seiring dengan hasrat pihak kementerian untuk memperkasakan lagi program TVET yang menekankan aspek High Tech, High Art dan High Touch. Karnival Pendidikan MyUni pada tahun ini bermula pada 10 dan 11 Jun ini di Mydin Meru Raya, Perak dan di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang,” kata kenyataan itu.

Seterusnya pada 17 dan 18 Jun di Johor, dan di Mydin Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada 24 dan 25 Jun di Amanjaya Mall, Sungai Petani,Kedah dan di Kuantan City Mall, Pahang, selepas itu pada 8 dan 9 Julai di Mydin Tunjong, Kelantan dan di Mydin Gong Badak, Terengganu.

Kemudian Karnival MyUni akan menjelajah ke Imago Shopping Mall, Sabah, dan Mydin Petra Jaya Kuching Sarawak pada 15 dan 16 Julai 2023. Selepas itu, pada 22 dan 23 Julai 2023 pula akan berlangsung di Mydin USJ, Subang Jaya Selangor.

Karnival Pendidikan MyUni ini juga akan terus berlangsung sehingga 10 Disember tahun ini.

Mydin Mohamed Holdings Berhad akan menyokong usaha murni MyUni untuk membantu lebih ramai lepasan sekolah khususnya dalam keluarga B40 yang tidak ditawarkan tempat di institusi pendidikan tinggi awam, mendapat peluang pendidikan tinggi yang berkualiti.

Bagi Karnival Pendidikan MyUni 2023, pasar raya besar Mydin menjadi lokasi penganjuran utama dimana tujuh daripada 11 siri jelajah iaitu di Mydin Meru Raya Perak, Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang, Mydin Seremban 2 Negeri Sembilan, Mydin Tunjong Kelantan, Mydin Gong Badak Terengganu, Mydin Petra Jaya Sarawak, dan Mydin USJ Subang Jaya Selangor.