KKD kenal pasti lokasi pemasangan Starlink di Sabah

Nie Ching (dua dari kanan) bergambar dengan komuniti penduduk Kulai pada tayangan filem Malbatt Misi Bakara pada Ahad.
Nie Ching (dua dari kanan) bergambar dengan komuniti penduduk Kulai pada tayangan filem Malbatt Misi Bakara pada Ahad.
A
A
A

KULAI - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mengenal pasti lokasi sesuai di Sabah bagi pemasangan tiga unit peranti satelit Starlink di Sabah, dalam masa terdekat.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, pemasangan unit peranti satelit Starlink itu dapat memberi nilai tambah dari segi pencapaian kemudahan capaian internet di kawasan berkenaan.

"Setakat ini, kita sudah memasang tujuh daripada 10 peranti satelit Starlink dengan dua satelit Starlink sudah dipasang di Bau dan Julau, Sarawak bulan ini.

"Untuk baki tiga peranti satelit ini, kita rancang untuk dipasang di Sabah dan sedang mengesan lokasi bertepatan untuk meletakkan peranti tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri tayangan filem Malbatt Misi Bakara di sini pada Ahad.

Pada 15 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bercadang menggunakan 40 peranti satelit Starlink di institusi pengajian tinggi untuk menaik taraf kemudahan capaian Internet supaya lebih meluas dan pantas di kampus bagi memudahkan proses pembelajaran.

Sebelum ini, tujuh peranti Starlink telah dipasang di Selangor, Johor, Perak dan Negeri Sembilan bermula pada akhir Julai.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, kementeriannya sedang berusaha untuk memperluaskan penggunaan dan pemakaian peranti tersebut termasuk ke kawasan pedalaman.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kos bagi satu unit peranti Starlink berspesifikasi tinggi bernilai RM11,613 yang berperanan sebagai WIFI Hotspot dengan jarak liputan kira-kira 100 meter bergantung kepada tempat pemasangan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!