17 kanak-kanak cedera, laluan pejalan kaki runtuh

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

OTTAWA - Seramai 18 orang 17 daripadanya kanak-kanak cedera selepas terjatuh dari laluan pejalan kaki bertingkat di Kanada pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Insiden itu berlaku di Fort Gibraltar di kawasan St Boniface di Winnipeg, kira-kira 10 pagi (1500 GMT) ketika kanak-kanak berumur 10 hingga 11 tahun dari Sekolah St John's-Ravenscourt sedang mengadakan lawatan.

Beberapa kanak-kanak terjatuh dari laluan pejalan kaki setinggi lima meter itu ketika kejadian dan yang lain tergelincir.

Tiga daripada mereka yang dibawa ke hospital dalam keadaan tidak stabil.

Jurucakap City of Winnipeg berkata, siasatan mengenai tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerjadian akan dijalankan.

"Siasatan awal rekod kami menunjukkan penyelenggaraan telah dibuat di laluan pejalan kaki itu pada 2004 dan 2013," kata jurucakap itu. - Bernama/ Xinhua