Laporan polis untuk siasat kes DNAA Ahmad Zahid

Tun Faisal (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Dang Wangi semasa Himpunan Selamatkan Malaysia di ibu negara pada Sabtu.
Tun Faisal (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Dang Wangi semasa Himpunan Selamatkan Malaysia di ibu negara pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan laporan polis yang dibuat semasa Himpunan Selamatkan Malaysia, di sini bertujuan agar siasatan dapat dijalankan membabitkan kes melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, asasnya bagi melihat kronologi kes Ahmad Zahid dari awal pendakwaannya sehingga pelantikan Peguam Negara baharu.

"Banyak perkara meragukan, kita sebagai rakyat rasa ini adalah satu perbuatan yang ada berlaku manipulasi dari segi perundangan eksekutif dan lain-lain.

"Sebab itu kita buat laporan polis untuk perkara ini disiasat, siapa dari awal yang terlibat, bukan sahaja Ahmad Zahid, tetapi termasuklah Peguam Negara lama dan baharu serta timbalan pendakwa raya kanan yang dilucutkan daripada kes ini serta sesiapa sahaja yang dirasakan polis perlu siasat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, hari ini kami berjalan atas nama 'aman selamatkan Malaysia'.

Tun Faisal (dua dari kiri) semasa sidang media di IPD Dang Wangi di ibu negara.
Tun Faisal (dua dari kiri) semasa sidang media di IPD Dang Wangi di ibu negara.

Katanya, ini adalah konsep yang besar membabitkan banyak perjuangan rakyat dan untuk membetulkan keadaan dalam negara dari segi pentadbiran, tata kelola serta penyalahgunaan kuasa.

"Himpunan ini ada tiga tuntutan iaitu pertama mendakwa Ahmad Zahid.

Artikel Berkaitan:

"Kedua, kita mahu bebaskan SPRM dan juga Jabatan Peguam Negara daripada kuasa eksekutif dan yang ketiga ialah keadilan kepada semua orang," ujarnya.

4 September lalu, Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.