Himpunan Selamatkan Malaysia: Kumpulan baju putih dilihat mula berhimpun

Sekumpulan lelaki berbaju putih dilihat mula berhimpun berdekatan Masjid Jamek Kampung Baru pada Sabtu.
Sekumpulan lelaki berbaju putih dilihat mula berhimpun berdekatan Masjid Jamek Kampung Baru pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sekumpulan lelaki berbaju putih dilihat mula berhimpun tidak jauh daripada kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia pada Sabtu.

Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian, kumpulan itu memakai baju putih sebagai simbol bagi menyatakan bantahan susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada masa yang sama, mereka turut melilit kain putih yang ditulis '#Selamatkan Malaysia' di kepala serta memakai selendang bercorak 'Jalur Gemilang'.

Difahamkan mereka turut menjual baju tersebut pada harga RM20 sehelai kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya.
Difahamkan mereka turut menjual baju tersebut pada harga RM20 sehelai kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya.

Kumpulan berkenaan difahamkan mula berkumpul sekitar jam 12.15 tengah hari tadi.

Pada masa yang sama, mereka difahamkan turut menjual baju tersebut pada harga RM20 sehelai kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya.

Sebahagian daripada kumpulan lelaki berbaju putih berhimpun dipercayai untuk menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia pada Sabtu.
Sebahagian daripada kumpulan lelaki berbaju putih berhimpun dipercayai untuk menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia pada Sabtu.

Pada Jumaat, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berkata, mereka tidak akan berganjak dengan keputusan untuk mengadakan Himpunan Selamatkan Malaysia yang dijadualkan berlangsung di ibu negara.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, ketetapan itu dibuat dengan mengambil kira polis telah menerima notis penganjuran perhimpunan tersebut.