'Sancho tidak penting kerana tidak boleh menyumbang' - Ten Hag

Erik ten Hag. - Foto AFP
Erik ten Hag. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag tidak tahu sama ada Jadon Sancho akan bermain untuk kelab itu semula ketika penyerang tersebut diasingkan daripada pasukan utama berikutan isu disiplin.

Pemain The Red Devils berusia 33 tahun itu kini berlatih di luar skuad utama United selepas memuat naik kenyataan di media sosialnya mendakwa dia dijadikan kambing hitam berikutan kekalahan 1-3 kepada Arsenal pada 3 September lalu.

Ten Hag sebelum itu menyatakan bahawa Sancho telah diketepikan ketika kunjungan ke Stadium Emirates tersebut berikutan prestasi buruk semasa dalam sesi latihan.

Malah bekas pengendali kelab Eredivisie Belanda Ajax Amsterdam itu tidak mengesahkan sama ada Sancho kekal sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjangnya di kelab tersebut.

“Entahlah. Dia tidak ada bersama kami pada masa ini, jadi dia tidak penting kerana tidak boleh menyumbang.

“(Keputusan) bukan mengenai saya sebaliknya lebih kepada pasukan. Saya tidak fikir tentang itu (muat naik media sosial Sancho) dan tidak bercakap mengenai perkara itu kerana apa yang penting pasukan perlu menang perlawanan.

“Pemain yang ada tersedia layak untuk saya. Kini saya perlu membimbing dan menyediakan mereka. Saya hanya fokus kepada pemain yang tersedia bersama saya,” jelas Ten Hag ketika ditanya sama ada Sancho akan bermain untuk United semula.

United berada di tangga ke-11 dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris, akan menerima kunjungan Brighton, kelab tiga mata di tempat keenam di Old Trafford pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: