Remaja perempuan dipercayai hilang ketika ke sekolah

Nur Shafina Maisarah, 15, masih tidak pulang ke rumah sejak ke sekolah Rabu lalu.
Nur Shafina Maisarah, 15, masih tidak pulang ke rumah sejak ke sekolah Rabu lalu.
A
A
A

KAJANG - Seorang remaja perempuan dipercayai hilang ketika perjalanan ke sekolah dalam kejadian di Kampung Padang dekat sini sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, laporan sebelum itu dibuat ibu mangsa yang mendapati anaknya yang berumur 15 tahun itu masih belum pulang dari sekolah.

Menurutnya, mangsa dikenali Nur Shafina Maisarah Abdullah dan berdasarkan laporan, kali terakhir mangsa dilihat ibunya kira-kira jam 6.15 pagi ketika keluar dari rumah menaiki sebuah bas dengan berpakaian sukan.

"Selain itu, saksi yang juga merupakan rakan mangsa mendapati mangsa turun daripada bas bagaimanapun tidak masuk ke kawasan sekolah

"Siasatan turut mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang masalah dengan ibunya dan keluarga sebelum ini di rumah. Ibu mangsa cuba menghubungi mangsa namun panggilan tidak dijawab," katanya dalam satu kenyataan," pada Jumaat.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Sarjan Mohamad Najib Mohd di talian 012-3429297 bagi membantu siasatan

Artikel Berkaitan: