Ibu Adi Putra meninggal dunia di Singapura

Ibu Adi Putra, Noor Banoo Khan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.15 pagi, Jumaat.
Ibu Adi Putra, Noor Banoo Khan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.15 pagi, Jumaat.
A
A
A

AKTOR Datuk Adi Putra berkongsi khabar duka apabila ibunda tercinta, Noor Banoo Khan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.15 pagi, Jumaat.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagramnya, bagaimanapun lelaki berusia 42 tahun itu tidak memaklumkan punca pemergian Allahyarham.

"Dukacita saya ingin maklumkan, bahawa bonda saya Noor Banoo Khan Mohd telah pulang ke Rahmatullah jam 11.15 pagi," tulisnya.

Adi juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan ibunya sejak dimasukkan ke hospital.

Ujarnya lagi, jenazah ibunya akan dikebumikan di Pusara Aman, Singapura selepas solat Asar.

Terdahulu, bintang utama Mat Kilau itu berada di Tanah Suci Makkah sejak dua bulan lalu dan mendapat panggilan keadaan ibunya yang kritikal pada Selalu.

Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi Instagram miliknya, Adi memaklumkan ibunya menjalani prosedur jantung.

Artikel Berkaitan: