Imam meninggal dunia selepas khutbah, solat Jumaat

Mohd Zamai rebah sejurus selesai memberi salam pada tahiyat akhir kira-kira jam 2 petang. Gambar kecil: Mohd Zamai
Mohd Zamai rebah sejurus selesai memberi salam pada tahiyat akhir kira-kira jam 2 petang. Gambar kecil: Mohd Zamai
A
A
A

KOTA BHARU - Imam Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor di sini meninggal dunia selepas selesai membacakan khutbah dan solat Jumaat di sini, pada Jumaat.

Imam Tua, Mohd Zamai @ Suhaimi Ibrahim, 73, rebah sejurus selesai memberi salam pada tahiyat akhir kira-kira jam 2 petang.

Penghulu Mukim Padang Raja, Fadli Shah Ismail berkata, arwah sempat menyampaikan khutbah Jumaat yang bertemakan Kemerdekaan dan mengimamkan solat Jumaat kira-kira 700 makmum di masjid itu.

Katanya, sebelum itu, Mohd Zamai yang selesai mengimamkan solat Jumaat mendirikan solat sunat sebelum rebah ke kiri sejurus selesai memberi salam.

“Makmum yang berada di masjid membantu dan menghubungi ambulans.

“Pegawai perubatan dari Klinik Mahligai Melor yang memeriksa keadaannya mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Jumaat.

Menurut Fadli Shah berkata, jenazah Mohd Zamai dihantar ke rumahnya menaiki van jenazah milik Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor.

Katanya, Mohd Zamai sudah berkhidmat lebih 20 tahun sebagai imam tua di masjid tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Solat jenazah akan diadakan di masjid itu selepas Isyak dan pengebumian akan dilakukan di Tanah Perkuburan Mahligai,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!