Ops Jamin: 142 aduan isu beras diterima KPDN

KOTA KINABALU - Sebanyak 142 aduan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkaitan isu beras sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Jamin sejak Julai lalu.
Jumlah aduan itu dipercayai susulan daripada isu kenaikan harga beras yang berlaku baru-baru ini di seluruh negara membabitkan beras import.
Sehubungan itu, pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali mahu masyarakat memberi kerjasama kepada kementerian untuk melakukan pemantauan dan penguatkuasaan secara kerap di semua peringkat.
"Apabila timbul isu beras ini apa yang kita putuskan di KPDN adalah dengan membantu Kementerian Pertanian mewujudkan penguatkuasaan secara lebih kerap.