Warga emas maut, kereta dilanggar lori di lorong kecemasan

Kereta dinaiki sebuah keluarga terlibat kemalangan di Kilometer 65, Kampung Nyatoh, Jalan Kuala Terengganu – Permaisuri pada Khamis. - Foto IPD Setiu
Kereta dinaiki sebuah keluarga terlibat kemalangan di Kilometer 65, Kampung Nyatoh, Jalan Kuala Terengganu – Permaisuri pada Khamis. - Foto IPD Setiu
A
A
A

SETIU - Seorang wanita warga emas maut selepas kereta yang dinaiki bersama empat ahli keluarganya dilanggar sebuah lori di Kilometer 65, Kampung Nyatoh, Jalan Kuala Terengganu - Permaisuri, dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, kemalangan kira-kira jam 3.10 petang itu melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah lori jenis Isuzu.

Menurutnya, mangsa, Sadiah Chik, 74, yang berasal dari Kuala Berang telah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Permaisuri.

"Hasil siasatan awal mendapati kereta tersebut yang dalam perjalanan dari Penarik menghala ke Kolam Udang Kampung Nyatoh telah berhenti di lorong kecemasan ketika sampai di lokasi kejadian. Ia menyebabkan kereta berkenaan telah dilanggar dari arah belakang oleh lori.

Wanita warga emas maut selepas kereta dinaiki bersama empat ahli keluarganya dilanggar sebuah lori di KM 65, Kampung Nyatoh, Jalan Kuala Terengganu - Permaisuri pada Khamis. - Foto IPD Setiu
Wanita warga emas maut selepas kereta dinaiki bersama empat ahli keluarganya dilanggar sebuah lori di KM 65, Kampung Nyatoh, Jalan Kuala Terengganu - Permaisuri pada Khamis. - Foto IPD Setiu

"Akibat daripada kemalangan itu, beberapa penumpang dalam kereta berkenaan mengalami kecederaan manakala Sadiah yang merupakan penumpang di bahagian belakang maut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, beberapa penumpang kereta Wira tersebut yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Setiu bagi mendapatkan rawatan susulan manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik hospital sama bagi tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Afandi berkata, pemandu dan penumpang kereta Proton Wira telah ditahan untuk siasatan lanjut dan dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu untuk menjalani ujian saringan air kencing, namun keputusannya adalah negatif.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.