Sembunyi dadah dalam coli

Kamarulzaman (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah hotel di Pandan Indah, Ampang Jaya, semalam.
Kamarulzaman (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah hotel di Pandan Indah, Ampang Jaya, semalam.
A
A
A

AMPANG JAYA - Sebuah hotel di Pandan Indah, di sini diserbu polis dan berjaya menahan dua wanita yang sedang melekatkan dadah jenis syabu pada badan mereka dengan bantuan seorang lelaki.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, pemeriksaan terhadap dua wanita itu mendapati 20 peket plastik berisi 5.1 kilogram dadah jenis syabu dilekatkan pada seluruh anggota badan termasuk di dalam coli.

Menurutnya, siasatan awal mendapati dua wanita tempatan berusia 26 dan 31 tahun itu sedang bersiap untuk ke Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Dipercayai dadah ini akan diseludup wanita terbabit dengan upah ribuan ringgit ke Busan, Korea Selatan.

"Siasatan kita juga mendedahkan ini merupakan kali keempat suspek berusia 31 tahun itu menjadi keldai dadah dengan membawa keluar barang terlarang itu ke negara luar," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini hari ini.

Antara dadah jenis syabu dan pakaian dalam yang dirampas susulan serbuan di sebuah hotel di Pandan Indah, Ampang Jaya, semalam.
Antara dadah jenis syabu dan pakaian dalam yang dirampas susulan serbuan di sebuah hotel di Pandan Indah, Ampang Jaya, semalam.

Beliau berkata, polis percaya suspek lelaki berusia 21 tahun itu merupakan ahli sindiket yang datang membantu wanita berkenaan untuk berlepas ke luar negara.

Katanya, dalam serbuan ini juga, sebuah kereta jenis Perodua Myvi, wang tunai mata wang Korea 550,000 won (RM1,932) telah disita.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, soal siasat mendapati wanita terbabit diberi wang pendahuluan sebanyak RM1,000 sebelum RM15,000 setelah pulang semula ke tanah air.

“Kesemua suspek itu direman sehingga 18 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.