PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim (kiri), Syed Saddiq
Tuan Ibrahim (kiri), Syed Saddiq
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekiranya beliau mahu menyertai parti itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka terbuka untuk menerima mana-mana ahli Parlimen terutamanya yang berprinsip.

“Jadi prinsip kami kita mengalu-alukan Ahli Parlimen untuk bersama dalam PN dan perkara prinsip keadilan, isu besar negara. Soal dia nak duduk di posisi mana itu hak masing-masing.

“Bukan makna bila kita duduk dalam kerajaan kita tidak boleh kemukakan ketegasan kita.