Isu DNAA Zahid: Rugi tak ambil peluang - Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim - Foto Bernama
Tuan Ibrahim - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui isu berkaitan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi sebahagian bahan kempen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai akan datang.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyifatkan, isu berkenaan umpama ‘bola tanggung’ yang perlu dimanfaatkan supaya orang ramai dapat menilai situasi berkenaan.

“Siapa yang tidak ambil peluang ini (isu DNAA) kira paling rugi kerana ini bola tanggung. Bagi saya apa-apa isu yang menyebabkan kepentingan negara dan awam, akan dibawa (dalam kempen) dan saya yakin kerajaan tahu.

“Cuma yang dipertikaikan sekarang adalah, kita perlu mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara kenapa tidak meneruskan pendakwaan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.

Isu berkaitan DNAA Timbalan Perdana Menteri itu menjadi pertikaian ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat sejak hari pertama persidangan khas Isnin lalu.

Sementara itu, mengenai tindakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang menarik sokongan terhadap kerajaan, Tuan Ibrahim berkata, PN mengalu-alukan tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menjunjung prinsip membanteras rasuah.

“Bukan kita pertikaikan mahkamah, tetapi orang pertikai kenapa Peguam Negara tidak meneruskan pendakwaan, sedangkan dah ada prima facie.

“Bila ada bukti, tak boleh tarik dah. Itu yang orang pertikai kenyataan Tuan Guru (Tan Sri Abdul Hadi Awang). Dalam Islam ada (DNAA), tetapi kalau belum mula proses dan tiada pembuktian.

Artikel Berkaitan:

“Soal nak duduk di kerusi mana, itu hak masing-masing. Tidak bermakna kalau kita di pihak kerajaan, tidak boleh menyuarakan prinsip.

"Contoh ahli Parlimen kerajaan yang lantang dan tegur, itu sebenarnya apa yang dikatakan demokrasi,” jelasnya.