Lompat parti: Kena lihat dari sudut positif

Mohd Rafiq
Mohd Rafiq
A
A
A
MELAKA TENGAH - Penghijrahan ahli Umno ke dalam PH termasuk dalam parti Bersatu Melaka perlu dilihat dari sudut positif.

Timbalan Bersatu negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, tidak seharusnya menganggap isu melompat parti itu suatu yang bersifat jahat kerana ada dalam kalangan mereka yang juga berintegriti dan berkualiti seperti Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Malah menurutnya, terdapat ahli parti itu yang menyokong dan mengundi PH pada PRU14 sebagai tanda protes kepada kerajaan BN terdahulu

"Penghijrahan dalam kalangan mereka yang berkualiti tidak salah, kita tidak boleh kata seluruh ahli Umno itu jahat.

Mohd Rafiq (tengah) mengunting rambut kanak-kanak ketika program khatan perdana, gunting rambut percuma dan kembali ke sekolah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, Tampoi di sini, hari ini.
Mohd Rafiq (tengah) mengunting rambut kanak-kanak ketika program khatan perdana, gunting rambut percuma dan kembali ke sekolah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, Tampoi di sini, hari ini.



"Ahli Umno tidak bersalah, yang salah segelintir pemimpin mereka, dan jangan kita beri satu gambaran keseluruhan ahli Umno tidak beretika dan berintegriti, tinggi," katanya.

Mohd Rafiq berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program khatan perdana, gunting rambut percuma dan kembali ke sekolah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, Tampoi di sini, hari ini.

Jelas Mohd Rafiq, beliau berharap setiap parti dalam PH dapat menerima penghijrahan itu dan membuat tapisan sendiri supaya dalam masa yang sama mereka yang melompat juga perlu ingat kemasukan mereka bukanlah tiket untuk melepaskan diri dari kesalahan yang dilakukan.

"Bersatu Melaka terbuka menerima mereka, tapi SPRM juga tetap akan bebas menyiasat jika ada kes salah laku melibatkan individu itu kerana lompatitu ke PH bukan tiket untuk lepaskan diri," katanya.

Artikel Berkaitan:


Pada program itu lebih 50 kanak-kanak yang menyertai program berkhatan dan gunting rambut percuma.