Anwar terima kunjungan hormat Zhao Leji

PUTRAJAYA, 19 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Zhao Leji ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) Ke-14 di Perdana Putra hari ini.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***
PUTRAJAYA, 19 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Zhao Leji ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) Ke-14 di Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji.

Pertemuan selama sejam di Perdana Putra itu merupakan sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari Zao ke Malaysia bermula Khamis.

Turut hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pada perjumpaan itu Anwar mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan China di atas layanan hebat yang dberikan kepada beliau semasa melakukan kunjungan hormat kepada Presiden China, Xi Jinping dalam lawatan rasminya dari 29 Mac hingga 1 April lepas.

Beliau berkata, wujud minat daripada pihak China untuk melabur di Malaysia dalam bidang pelaburan, pendidikan, kerjasama antara universiti serta penyelidikan dan pembangunan.

Anwar berkata, Presiden Xi dan beliau bersetuju supaya Malaysia dan China meneruskan pertukaran lawatan di peringkat tinggi dengan sasaran untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah ditingkatkan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.

Beliau berkata, Malaysia dan China juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) seperti projek berkembar melibatkan kedua-dua negara, iaitu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV).

Anwar berkata, kedua-dua negara juga terus mempromosikan pertukaran dan kerjasama antara Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Parlimen Malaysia selain terus mempromosikan hubungan antara rakyat kedua-dua negara dengan meningkatkan kesalinghubungan, dengan Malaysia mengalu-alukan ketibaan lebih ramai pelancong dari China.

Kedua-dua pihak juga menegaskan perkongsian kepercayaan mereka terhadap nilai bersama Malaysia Madani dan wawasan 'Community With a Shared Future for Mankind' untuk faedah bersama rakyat dan cadangan Tabung Kewangan Asia adalah selari dengan aspirasi 'Community With a Shared Future for Mankind. - Bernama