Selangor sasar jualan SIBS bernilai RM1.5 bilion - Amirudin

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyasarkan potensi nilai jualan RM1.5 bilion pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 yang berlangsung pada 19 Oktober depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 50,000 pengunjung dijangka hadir dengan 1,057 reruai.

Menurutnya, SIBS adalah kemuncak sidang perniagaan yang dianjurkan kerajaan negeri pada setiap tahun.

"Tahun ini, SIBS 2023 akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dari 19 hingga 22 Oktober," katanya dalam hantaran aplikasi X pada Isnin.

Amirudin berkata, Selangor telah menjana potensi nilai jualan sebanyak RM1.45 bilion pada penganjurannya tahun lalu.

"Inilah Selangor yang terus komited menyemarakkan ekonomi negeri sebagai gerbang utama pelaburan Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan: