Langkah Muda keluar gabungan PH amat wajar


Zuraida
Zuraida
A
A
A

SHAH ALAM - Langkah Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membawa parti itu keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) adalah satu tindakan yang amat wajar.

Timbalan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, ia jelas akan memberikan kesan negatif terhadap Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ini kerana gabungan PH-BN yang sedang berada di tampuk pemerintahan negara telah hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

"Meneliti laporan akhbar mengenai sebab mengapa Muda bertindak untuk keluar dari PH, saya merasakan mereka mempunyai alasan yang amat kukuh.

"Pelepasan tuduhan jenayah terhadap beberapa tokoh politik yang berkaitan dengan PH baru-baru ini sememangnya mengundang rasa sebal dalam rakyat Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, Muda akan bertindak sebagai pembangkang kuasa ketiga sekali gus menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Syed Saddiq Syed menjelaskan, pemberitahuan mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi surat yang diutuskan pada Ahad.

Tambah Zuraida, laungan reformasi yang pada suatu ketika dahulu menjadi satu seruan keramat bagi membangkitkan semangat rakyat untuk menentang kezaliman nampaknya hanya retorik kosong semata-semata.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang dilakukan oleh Muda pada ketika ini wajar diberikan pujian kerana mereka menghentikan sokongan kepada kerajaan PH-BN atas dasar prinsip dan bukannya bertindak bagi kepentingan individu atau sesuatu kumpulan sahaja.

"Mereka boleh sahaja duduk selesa di dalam barisan pemimpin kerajaan dengan berdiam diri, namun telah memilih untuk bangkit dan lawan demi memperjuangkan masa hadapan seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Syed Saddiq dan Muda di atas keberanian mereka dalam mempertahankan prinsip dan integriti.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan hilang majoriti dua pertiga

'Kalian semua juga perlu kosongkan kerusi' - Syed Saddiq

Semoga episod ngeri bersama Muda jadi pengajaran - Fadhli Umar

Muda tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Syed Saddiq

Syed Saddiq menang di Muar dengan sokongan DAP, PH - Anthony Loke

'Tarik sahaja sokongan kalau Muda anak jantan tulen' - Mohd Puad

Muda tahu impak tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Saifuddin

Muda ancam tarik sokongan Kerajaan Perpaduan