Michelle Yeoh dipertimbang sertai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

Yeoh adalah antara lapan nama baharu yang akan dipertimbangkan pada mesyuarat bulan depan di Mumbai, India. - Gambar/ Bernama
Yeoh adalah antara lapan nama baharu yang akan dipertimbangkan pada mesyuarat bulan depan di Mumbai, India. - Gambar/ Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Nama pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh dicadangkan sebagai salah seorang anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), pada Jumaat.

Yeoh, pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi tahun ini menerusi filem "Everything Everywhere All at Once," adalah antara lapan nama baharu yang akan dipertimbangkan pada mesyuarat bulan depan di Mumbai, India.

IOC kini mempunyai 99 ahli jemputan, termasuk keluarga diraja, bekas atlet serta pemimpin politik dan industri.

Peranan utama mereka ialah mengesahkan tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk, daripada senarai negara yang telah dipilih terlebih dahulu oleh pentadbiran dan lembaga eksekutif IOC.

Yeoh juga mempunyai hubungan dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), di mana beliau pernah mewakili Malaysia sebanyak dua kali di Perhimpunan Agung, selain turut memegang peranan sebagai Duta Muhibah untuk program pembangunan PBB. - AWANI

Artikel Berkaitan: