Michelle Yeoh balik Ipoh

Yeoh dan keluarga berkumpul sambil menikmati pelbagai makanan.
Yeoh dan keluarga berkumpul sambil menikmati pelbagai makanan.
A
A
A

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi kegembiraannya selepas berpeluang pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Yeoh yang juga pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) pada Mac lalu itu kini sedang meluangkan masa berharga bersama keluarganya.

"Ipoh. Sayang ibu dan semestinya dia (ibu) memberi saya makan. Dan juga adik-beradik saya," katanya yang turut berkongsi beberapa keping gambarnya melakukan aktiviti termasuklah menikmati pelbagai juadah dan berkumpul bersama ahli keluarga lain.

Meninjau ruangan komen dalam hantaran terbaharu Yeoh itu, rata-rata pengikutnya turut menzahirkan keterujaan dengan kepulangan selebriti antarabangsa berkenaan.

Yeoh berkongsi gambarnya menikmati pelbagai juadah.
Yeoh berkongsi gambarnya menikmati pelbagai juadah.

Sinar Harian pada Julai lalu melaporkan Yeoh selamat bergelar isteri kepada bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari iaitu Jean Todt setelah 19 tahun mengikat tali pertunangan.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di Geneva, Switzerland.

Yeoh yang sukses dengan watak Evelyn Wang menerusi filem Everything Everywhere All at Once sehingga dianggap sebagai aktres Asia paling berjaya dan berpengaruh.

Bintang kelahiran Malaysia itu juga pernah berkahwin dengan ahli perniagaan dari Hong Kong, Dickson Poon pada 1988, bagaimanapun berpisah pada 1991.

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh dari Malaysia, bukan Hong Kong

Tak tahu Michelle Yeoh kahwin, ibu harap majlis resepsi di Malaysia

Selepas 19 tahun bertunang, Michelle Yeoh kini isteri Jean Todt

Michelle Yeoh anak Malaysia pertama menang Oscar