Michelle Yeoh akhirnya buka mulut

Tampil ringkas pada majlis perkahwinannya, Michelle mengakhiri penantian Jean yang sudah 19 tahun mahu memperisterikannya.
Tampil ringkas pada majlis perkahwinannya, Michelle mengakhiri penantian Jean yang sudah 19 tahun mahu memperisterikannya.
A
A
A

BINTANG terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya membuat kenyataan mengenai perkahwinannya dengan Jean Todt selepas tiga hari bergelar isteri.

Michelle menerusi akaun Instagramnya turut berkongsi beberapa foto yang dipercayai ketika majlis perkahwinannya, termasuk sekeping foto yang menyaksikan beliau menyarungkan cincin kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari itu.

"19 tahun dan ya, kami sudah berkahwin. Terima kasih kepada semua 'keluarga' yang selama ini menyokong kami," tulisnya ringkas.

Terdahulu, majlis perkahwinan Michelle dan Jean tular di media sosial, selepas salah seorang tetamu iaitu pelumba Formula One, Felipe Massa berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya.

Antara momen romantis tatkala diumumkan sebagai suami isteri.
Antara momen romantis tatkala diumumkan sebagai suami isteri.

Bagaimanapun ibu Michelle, Datin Janet Yeoh dalam temu bual bersama media tempatan memaklumkan beliau tidak mengetahui mengenai majlis perkahwinan itu tetapi dalam masa sama gembira kerana bintang Everything Everywhere All at Once akhirnya mengahwini Jean selepas 19 tahun bertunang.

Michelle, 60, berkenalan dengan Jean pada Jun 2004 di Shanghai, China dan sejak itu hubungan cinta mereka sering menarik perhatian umum.

Michelle turut berkongsi poster filem lakonannya 'Tomorrow Never Dies' yang disunting dengan wajah suaminya berserta judul Love Never Dies.
Michelle turut berkongsi poster filem lakonannya 'Tomorrow Never Dies' yang disunting dengan wajah suaminya berserta judul Love Never Dies.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahu Michelle Yeoh kahwin, ibu harap majlis resepsi di Malaysia

Selepas 19 tahun bertunang, Michelle Yeoh kini isteri Jean Todt

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!