Sambutan Hari Malaysia

A
A
A
Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan tahun ini akan menggunakan tema yang sama dengan Hari Kebangsaan 2023 iaitu 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan', manakala frasa bahasa Iban di Sarawak "Segulai Sejalai" yang bermaksud seiring sejalan akan digunakan sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara.

Sambutan ini bakal diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak pada 16 September ini.

Penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata sambutan itu wajar diadakan secara bergilir di setiap negeri bagi memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia memahami dan menjiwai makna tarikh keramat 16 September.

Katanya, kaedah penggiliran itu akan membuatkan aura sambutan Hari Malaysia sama seperti kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan yang sentiasa dinanti-nantikan segenap lapisan masyarakat.
Artikel Berkaitan: