Sambutan hari jadi bertukar pergaduhan

Keadaan sebuah restoran di Bandar Baru Klang, selepas kejadian dua kumpulan bergaduh, pada Selasa.
Keadaan sebuah restoran di Bandar Baru Klang, selepas kejadian dua kumpulan bergaduh, pada Selasa.
A
A
A

KLANG - Pergaduhan dua kumpulan di sebuah restoran di Bandar Baru Klang, di sini, pada Selasa, dipercayai berpunca daripada salah seorang daripada mereka membuat bising ketika sambutan hari jadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, dalam kejadian pada jam 1 pagi itu, beberapa pelanggan di restoran tersebut turut cedera dan telah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku selepas enam individu yang sedang menyambut hari jadi salah seorang daripada rakan mereka telah membuat bising di restoran tersebut.

"Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga menimbulkan suasana tegang sehingga mencabar antara satu sama lain sebelum suspek memanggil kira-kira 20 orang rakannya," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.