MBSJ keluar 51 notis NPB sejak Mei

Operasi bagi mengatasi masalah longkang tersumbat, pencemaran bau busuk dan pembiakan nyamuk Aedes.
Operasi bagi mengatasi masalah longkang tersumbat, pencemaran bau busuk dan pembiakan nyamuk Aedes.
A
A
A

SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melaksanakan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Bangunan Tanpa lzin bagi binaan di atas longkang di Jalan SS15/4, Subang Jaya.

MBSJ dalam satu kenyataan memaklumkan operasi itu dilaksanakan secara bersepadu sebagai salah satu usaha bagi mengatasi masalah longkang tersumbat, pencemaran bau busuk dan pembiakan nyamuk Aedes.

Menurut kenyataan, operasi melibatkan lima jabatan dalaman iaitu Jabatan Bangunan; Jabatan Penguatkuasaan; Jabatan Pelesenan; Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Pengurusan Alam MBSJ.

"Setakat ini, 51 Notis Pemberitahuan Bangunan (NPB) dikeluarkan sejak 31 Mei lalu bagi tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 70 (13) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Operasi melibatkan lima jabatan dalaman MBSJ
Operasi melibatkan lima jabatan dalaman MBSJ

"Ia melibatkan kesalahan membuat binaan papak (slab) tanpa izin di atas longkang, di lorong belakang dan tepi jalan di SS15/4, Subang Jaya," kata pihak berkuasa tempatan itu pada Rabu.

Turut terlibat dalam operasi ialah anggota Balai Polis SS17, Subang Jaya, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Air Selangor serta KDEB Waste Management.

Tambah kenyataan itu, bagi merealisasikan usaha tersebut kerjasama antara MBSJ dan komuniti amat penting dalam mencapai usaha menjaga persekitaran yang bersih dan teratur.

Artikel Berkaitan: