Kerajaan Selangor lakukan perubahan untuk terus cemerlang

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kecemerlangan Selangor sebagai negeri maju sehingga menjadi model pentadbiran kepada negeri lain, tidak dicapai dalam tempoh yang singkat.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kerajaan negeri telah melakukan pelbagai perubahan positif selain mengelakkan gejala rasuah, penyelewengan dan pembaziran dalam pentadbirannya.

"Selepas berjaya mengambil alih Kerajaan Selangor pada 2008, pentadbiran Pakatan Rakyat ketika itu melakukan banyak perubahan serta pendekatan berbanding pentadbiran terdahulu.

"Kita juga laksanakan banyak program kepedulian rakyat di Selangor dan sekarang ini negeri lain menjadikan Selangor sebagai contoh kepada mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) Selangor Bersama Rakyat di Masjid Ar-Rahman, Bukit Badong, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

Amirudin berkata, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, rakyat turut menaruh harapan besar kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk menerajui pentadbiran negara.

"Kita akan teruskan amanah yang diberikan. Amanah rakyat ini bukan tugas mudah, bukan tugas enteng, tetapi kita yakin mampu melaksanakan amanah rakyat dengan sebaik mungkin,"katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: