Ambiga tuntut beri penjelasan kes Ahmad Zahid

Tangkap layar ciapan Ambiga pada Isnin
Tangkap layar ciapan Ambiga pada Isnin
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa satu penjelasan diberikan kepada orang ramai selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa bebas daripada 47 pertuduhan rasuah membabitkan Yayasan Akalbudi.

Beliau menyifatkan keputusan itu satu pembaziran terhadap dana awam dalam membuktikan kes prima facie dan pembaziran kerja keras oleh anggota Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Saya harap tiada ahli-ahli politik Kerajaan Perpaduan yang berani mewajarkan perkara ini atau sekali lagi mengatakan mereka antirasuah,” katanya dalam ciapan di aplikasi X pada Isnin.

Pada Isnin, Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memberitahu bahawa, AGC memaklumkan bahawa semua kes terhadap Ahmad Zahid diberhentikan.

Semasa prosiding, Mohd Dusuki berkata, pihak pendakwaan menyatakan demikian berdasarkan 11 alasan, mengikut peruntukan 145 Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Zahid, 70, telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada AGC sebagai asas pertimbangan agar pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Surat representasi pertama telah dikemukakan pada Januari manakala kedua, dihantar kepada AGC dengan fakta dan bukti baharu, pada Februari.

Artikel Berkaitan:

Presiden UMNO itu dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan