PKPDNHEP Kelantan pantau seludup minyak masak

Adnan (kanan) memeriksa kenderaan yang digunakan untuk menyeludup minyak petrol.
Adnan (kanan) memeriksa kenderaan yang digunakan untuk menyeludup minyak petrol.
A
A
A

PASIR MAS - Aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi dari negeri ini ke Thailand menjelang sambutan Aidilfitri masih terkawal hasil pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dijalankan oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PKPDNHEP) Kelantan.

Pengarahnya, Adnan Abd Rahman berkata, kejayaan itu hadir hasil jalinan kerjasama kukuh antara PKPDNHEP dengan agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras aktiviti tersebut.

"Kami akan terus pertingkatkan lagi operasi dengan menggerakkan pasukan khas untuk memantau dan melaksanakan peraturan untuk mengawal aktiviti penyeludupan," katanya.

Menurutnya, selain itu pemeriksaan buku stok turut dijalankan ke atas pembungkus minyak masak dalam mengesan aktiviti penyelewengan.

Katanya, melalui buku stok itu PKPDNHEP Kelantan dapat melihat proses aliran keluar masuk minyak bersubsidi secara lebih tepat sebagaimana yang telah ditetapkan kerajaan.

"Bila pembungkus gagal mengemukakan laporan buku stok sebagaimana yang kita minta, secara tidak langsung ia menimbulkan keraguan.

"Dari situlah kita kesan berlakunya penyelewengan, hal ini kerana setiap pembungkus ada kuota yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: