PM meriahkan sambutan Aidilfitri MOF

Anwar dan Wan Azizah hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kewangan hari ini. Foto Bernama
Anwar dan Wan Azizah hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kewangan hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba kira-kira pada 1 tengah hari di perkarangan Kementerian Kewangan dan meluangkan masa kira-kira sejam di majlis tersebut.

Turut hadir kedua-dua timbalan menteri kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Pada majlis itu, Anwar turut mendendangkan lagu ‘Azizah’ ciptaan Seniman Agung P. Ramlee buat isterinya dihadapan hadirin dan menerima tepukan gemuruh.

Beliau turut menyantuni warga kerja Kementerian Kewangan serta agensi dibawahnya yang hadir pada sambutan Hari Raya Aidilfitri itu sebelum meninggalkan majlis.

Jabatan dan agensi dibawah Kementerian Kewangan menyediakan kira-kira 20 gerai yang menyediakan juadah hari raya untuk hadirin. - Bernama