Tourism Terengganu nafi kutip deposit peniaga Jom Heboh

Tourism Terengganu menafikan maklumat tular bahawa berlaku kutipan deposit peniaga-peniaga bagi program Jom Heboh yang dikatakan berlangsung pada 17 hingga 21 Ogos lalu.
Tourism Terengganu menafikan maklumat tular bahawa berlaku kutipan deposit peniaga-peniaga bagi program Jom Heboh yang dikatakan berlangsung pada 17 hingga 21 Ogos lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) menafikan terlibat dengan kutipan deposit peniaga-peniaga bagi program Jom Heboh yang kononnya dikatakan berlangsung pada 17 hingga 21 Ogos lalu sebagaimana tular di media sosial.

Pengarah Pelancongan Negeri, Fadli Yusof berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu kutipan wang itu dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan daripada individu yang dipercayai dilakukan demi kepentingan peribadi.

“Kami meminta orang awam yang terbaca iklan di mana-mana laman sosial, ditawarkan atau sudah membuat bayaran bagi tujuan itu dinasihatkan agar membuat laporan polis dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan, di sini pada Isnin.

Untuk rekod, kali terakhir penganjuran Jom Heboh Omnia di Terengganu diadakan pada 7 dan 8 Oktober 2022 di pekarangan Stadium Gong Badak, di Kuala Nerus.

Dalam pada itu, katanya, Tourism Terengganu juga ingin menasihati semua pihak terutama peniaga supaya berwaspada dengan modus operandi yang digunakan oleh scammer bagi tujuan penipuan sekali gus mengelak menjadi mangsa.

Katanya, perkembangan aktiviti-aktiviti pelancongan Terengganu boleh didapati menerusi laman sosial rasmi di Facebook, Instagram, dan Telegram Beautiful Terengganu Malaysia dan TikTok di @tourismterengganu.

Artikel Berkaitan: