Program Jom Masuk Kampung 2023

A
A
A
Gelagat riang para peserta kanak-kanak ketika bersaing dalam acara lumba perahu feri pada Program Jom Masuk Kampung 2023 di Kampung Air Patau-Patau Satu hari ini.

Program Jom Masuk Kampung anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjadi platform strategik di antara pihak kerajaan bersama komuniti luar bandar dalam memperjelaskan strategi, tindakan dan perancangan dalam membangunkan kampung serta komuniti luar bandar.

Seorang peserta acara memancing menunjukkan ikan yang diperolehinya pada Program Jom Masuk Kampung 2023 di Kampung Air Patau-Patau Satu hari ini.

Pelbagai acara sukan laut tradisi dan komuniti diadakan antaranya acara memancing, meniti batang licin, lontar piring, pertandingan layang-layang dan rewang sekampung.