Kunjungan Kuching City FC reda tekanan Kelantan United FC

Ailton Silva (kanan) menanti kunjungan Kuching City FC.
Ailton Silva (kanan) menanti kunjungan Kuching City FC.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan United FC yang menanti kunjungan Kuching City FC di Kota Bharu, malam Isnin ini mungkin dapat meredakan sedikit tekanan selepas kekalahan berterusan dalam saingan Liga Super 2023.

Perlawanan itu merupakan peluang terbesar buat Sang Kijang Hijau untuk mendapatkan tiga mata penuh seterusnya menjarakkan diri dari zon penyingkiran.

Ketua jurulatih, Ailton Silva juga mengakui sedar kepentingan perlawanan itu untuk pasukan kendaliannya itu.

"Kami tahu ia tidak akan menjadi permainan yang mudah," katanya.

Bagaimanapun katanya, walau bermain di halaman sendiri, mereka tetap menghormati pihak lawan.

"Namun untuk perlawanan ini, kami akan meletakkan rentak kami untuk menewaskan mereka," katanya.

Tambah Ailton, pasukan pelawat yang kini dikendalikan Aidil Shahrin juga merupakan pasukan yang semakin meningkat sebaik perpindahan kedua berlangsung.

"Pasukan itu juga dilihat sukar untuk dijinakkan.

Artikel Berkaitan:

"Mereka merupakan lawan yang semakin meningkat pada pusingan kedua, jadi tidak akan mudah untuk memenangi permainan ini".

"Kita perlu berhati-hati terhadap serangan lawan dan bijak mengeksploitasi kelemahan mereka. Kita perlu cuba menghalangnya supaya tidak dikejutkan oleh mereka nanti," katanya.