Derbi Kota Bharu warnai suku akhir Piala Cabaran MFL

No Image Caption
A
A
A

DERBI Kota Bahru, Kelantan FC menentang Kelantan United antara perlawanan tumpuan suku akhir Piala Cabaran MFL 2023 musim ini.

Sebagai rekod, saingan Piala Cabaran MFL merupakan kejuaraan yang melibatkan pasukan yang terkandas kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia 2023.

Suku akhir pertama menyaksikan Kelantan United seliaan Ailton Dos Santos menanti kunjungan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu jam 9 malam.

Timbal balik kedua menyaksikan Kelantan FC kendalian Angel Alfredo Vera melayan kunjungan The Green Deers di venue sama pada 4 Oktober jam 8.15 malam.

Kelab Liga M3, Kuala Lumpur Rovers pula menyingkap pentas suku akhir dengan menjadi tuan rumah kepada PDRM FC kendalian Datuk Yunus Alif di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras jam 9 malam pada 18 September.

Timbal balik kedua menyaksikan anak buah Wan Mustaffa Wan Ismail itu melakukan kunjungan ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 5 Oktober.

Satu lagi aksi suku akhir melibatkan perlawanan antara Penang FC kendalian Chong Yee Fatt menentang Harini Selangor FT di Stadium Bandaraya jam 9 malam pada 19 September.

Perlawanan timbal balik kedua pula menyaksikan anak buah P Maniam akan melayan kunjungan kelab utara tanah air tersebut di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi jam 9 malam pada 5 Oktober.

Artikel Berkaitan:

Saingan kali ini juga menemukan kembali pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak dengan bekas pasukan lamanya, Kedah Darul Aman FC di Stadium Negeri, pada 19 September

Kunjungan timbal balik kedua pula di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 4 Oktober dijangka menggamit memori antara anak buah Nafuzi Zain dengan pengendali dari Singapura tersebut.